Copyright 2021 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

Info SKB

Aktiviti BSKB

Muat Turun

 

PEGAWAI DIETETIK

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION

Nama

Puan Basmawati binti Baharom

Alamat Tempat

Jabatan Dietetik dan Sajian

Hospital Tuanku Jaafar

Seremban, Negeri Sembilan

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Dr Hamdan bin Mohamad

Alamat Tempat

Jabatan Dietetik dan Sajian

Hospital Sultan Abdul Halim

Jalan Lencongan Timur

Bandar Aman Jaya

08000 SG. PETANI

Kedah

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PENGENALAN PROFESION PEGAWAI DIETETIK

Perkhidmatan dietetik di KKM bermula sejak tahun 1953. Lantikan pertama jawatan Pegawai Dietetik adalah di Hospital Kuala Lumpur dengan nama jawatan Penyelia Jenis Makanan (PJM) berkelulusan diploma lanjutan. Jawatan PJM yang berijazah kemudiannya telah dinaiktaraf kepada kategori Pengurusan dan Profesional (Gred A22) pada tahun 1980. Kumpulan ini merupakan graduan luar negara.

Pada 1982,  Pegawai Dietetik telah mula ditempatkan di Institut Kesihatan Umum (IKU). Tugas utama Pegawai Dietetik di IKU adalah dalam bidang pendidikan pemakanan untuk pelatih Jururawat Masyarakat dan Inspektor Kesihatan. Lanjutan dari itu,  skop tugas Pegawai Dietetik telah bertukar kepada aspek penyelidikan yang dianggap sebagai tulang belakang kepada profesion dietetik. Pegawai Dietetik perlu sentiasa membuat justifikasi keberkesanan intervensi diet yang diberikan kepada pesakit. Oleh yang demikian, wujud keperluan mengintegrasikan penyelidikan ke dalam rutin penjagaan pemakanan klinikal pesakit.Pada tahun 1988, Universiti Kebangsaan Malaysia  telah mengeluarkan  seramai 10 graduan dietetik pertama dan tujuh daripadanya memulakan perkhidmatan di KKM. Sehingga kini 88 (62.0%) daripada 142 hospital di bawah KKM, menyediakan perkhidmatan dietetik.

Bertanggungjawab merancang dan melaksana  perkhidmatan klinikal dietetik dan komuniti, perancangan dalam penyediaan makanan berzat, diet teraputik dan menepati saranan Hospital Diet Manual, konsultasi diet kepada pesakit yang memerlukan medical nutrition therapy, merancangdan melaksanakan aktiviti latihan, kualiti  dan penyelidikan berkaitan serta menjadi pakar rujuk berkaitan perkhidmatan dietetik klinikal.

 

PEGAWAI SAINS (MIKROBIOLOGI)

 

 KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION
Nama Puan Nik Jah binti Nik Mat
Alamat Tempat Bertugas Jabatan Patologi
  Hospital Kuala Lumpur
  Kuala Lumpur
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
   
 TIMBALAN KETUA PROFESION
Nama Encik Mohd Azam bin Mohd Nor
Alamat Tempat Bertugas Bahagian Transfusi Mikrobiologi
 

Pusat Darah Negara

Kuala Lumpur
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


 PENGENALAN PROFESION PEGAWAI SAINS (MIKROBIOLOGI)

Pegawai Sains Mikrobiologi (PSM) yang dahulunya dikenali sebagai Ahli Kaji Kuman telah diwujudkan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1960-an dengan penempatan pertama di Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur. Pada tahun 1970-an dan seterusnya, lebih ramai PSM dilantik dan ditempatkan di hospital. PSM telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan memulakan perkhidmatan makmal mikrobiologi di hospital negeri dan daerah, di Makmal Transfusi serta Makmal Kesihatan Awam. Mereka telah berjaya mengembangkan perkhidmatan rutin diagnostik dan membangunkan kaedah-kaedah ujian khusus (specialised) seperti ujian molekular serta memulakan perkhidmatan diagnostik baru sejajar dengan perkembangan teknologi dalam bidang Perubatan dan Kesihatan.

Pada tahun 1970-an, PSM turut terlibat dalam melatih Pegawai-pegawai Sains Kesihatan Bersekutu lain di Insititut Kesihatan Umum dan di Institut Penyelidikan Perubatan berkaitan aspek teknikal Mikrobiologi.

 

 

PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (FISIOTERAPI)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

                                                              KETUA PROFESION                                                          

Nama Puan Nur Hidayah Ong binti Abdullah
Alamat Tempat Bertugas

Unit Fisioterapi

Hospital Sultanah Aminah

Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan

80100 JOHOR BAHRU

Johor

Emel  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
   


TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Puan Lim Khee Li

Alamat Tempat Bertugas

Unit Fisioterapi

Hospital Tunku Azizah

Kuala Lumpur

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

   

 PENGENALAN PROFESION PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (FISIOTERAPI)

Perkhidmatan Fisioterapi terdiri daripada dua (2) skim perkhidmatan iaitu Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Mereka yang berkelulusan Ijazah diberi gelaran jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi manakala yang berkelulusan Diploma Fisioterapi diberi gelaran Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Keduadua profesion ini bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan fi sioterapi yang merangkumi aktiviti promosi kesihatan fi zikal dan mental, menganalisis, membuat diagnosis fi sioterapi dan memperakui, serta menjalankan rawatan fi sioterapi untuk memulih atau memulihkan semula sebarang kondisi fi zikal dan ketidakupayaan bagi mengembalikan atau memudahkan pergerakan dan keupayaan fungsi fi zikal dan mental ke tahap optimum.

Perkhidmatan Fisioterapi di perkhidmatan awam terdapat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan. Di KKM, perkhidmatan Fisioterapi disediakan di hospital (di  bawah Program Perubatan) dan di Klinik Kesihatan (primer) (di bawah Program Kesihatan Awam). Sehingga tahun 2015, Perkhidmatan Fisioterapi disediakan di 141 buah hospital dan 274 klinik kesihatan.

Di hospital, Perkhidmatan Fisioterapi disediakan untuk semua disiplin klinikal yang merangkumi peringkat akut, sub-akut dan kronik termasuk pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif. Sementara di Klinik Kesihatan pula perkhidmatan yang diberikan lebih kepada pencegahan dan pemulihan disamping memberikan perkhidmatan perawatan domisiliari dan  komuniti.

Prosedur Perawatan Fisioterapi adalah seperti, Electrotherapy Modalities, Thermal Therapy/Cryotherapy, Phototherapy, Cardiorespiratory therapy, Mechano therapy, Hydrotherapy, Manual therapy, Compression therapy/ Lymphoedema therapy, Tapping/bandaging/strapping, Special Techniques, Exercise therapy dan Structured Patient Education.

 

 

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION

Nama

Encik Mohd Salim bin Dulatti

Alamat Tempat Bertugas

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

Aras 4, Menara Prisma,

Presint 3,

62675, Putrajaya

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Encik Ahmad Nadzri bin Sulaiman

Alamat Tempat Bertugas

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

Aras 4, Menara Prisma,

Presint 3,

62675, Putrajaya

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

                  

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : http://alliedhealth.moh.gov.my

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

 

 

246509
Bilangan Pelawat :Bilangan Pelawat :246509

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768