Copyright 2021 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

Info SKB

Aktiviti BSKB

Muat Turun

 

PEGAWAI PSIKOLOGI KLINIKAL

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION

Nama  

Dr. Nooraini binti Darus

Alamat Tempat Bertugas

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

  Hospital Kuala Lumpur,

Jalan Pahang

  50586 Kuala Lumpur
 Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Puan Masyitah binti Minhad

Alamat Tempat Bertugas

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

 

Hospital Raja Permaisuri Bainun,

Perak

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PENGENALAN PEGAWAI PSIKOLOGI KLINIKAL

Statistik tahap kesihatan mental di kalangan penduduk Malaysia menunjukkan perangkaan yang membimbangkan. Bilangan pesakit mental dijangka akan terus meningkat dalam masa 10 tahun akan datang. Kajian beban penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kemurungan akan menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang tahun 2020. Prevalens masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja (15 tahun ke bawah) menunjukkan trend yang meningkat daripada 13% pada tahun 1996 kepada 19.4% pada tahun 2006, dan 20.0% pada tahun 2011. Menurut  Tinjauan Kesihatan Mobiliti dan Kesihatan 2011 pula, 12% rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental, iaitu seorang daripada enam (1:6) rakyat Malaysia mempunyai penyakit mental.

Pengurusan penyakit mental melibatkan pelbagai pihak dan salah satunya adalah perkhidmatan Psikologi Klinikal. Psikologi Klinikal secara umumnya merupakan salah satu profesion di bawah Sains Kesihatan Bersekutu yang menilai dan memberi rawatan ke atas pesakit yang memerlukan khidmat psikologi secara aplikasi klinikal. Pegawai Psikologi (Klinikal) dilatih dalam menilai, membuat diagnosis serta merawat kecelaruan mental, tingkah laku, emosi, personaliti dan masalah pembelajaran. Pegawai Psikologi (Klinikal) turut menggunakan pendekatan empirikal dalam pemilihan, penilaian dan modifi kasi dalam program rawatan.

Pengurusan penyakit mental melibatkan pelbagai pihak dan salah satunya adalah perkhidmatan Psikologi Klinikal. Psikologi Klinikal secara umumnya merupakan salah satu profesion di bawah Sains Kesihatan Bersekutu yang menilai dan memberi rawatan ke atas pesakit yang memerlukan khidmat psikologi secara aplikasi klinikal. Pegawai Psikologi (Klinikal) dilatih dalam menilai, membuat diagnosis serta merawat kecelaruan mental, tingkah laku, emosi, personaliti dan masalah pembelajaran. Pegawai Psikologi (Klinikal) turut menggunakan pendekatan empirikal dalam pemilihan, penilaian dan modifi kasi dalam program rawatan.

Syarat lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi (Klinikal) adalah berkelulusan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD/PsyD/DPsych) dalam bidang Psikologi Klinikal. Pada masa ini, Pegawai Psikologi (Klinikal) dilantik ke perkhidmatan awam di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Psikologi  yang diletakkan di bawah klasifi kasi perkhidmatan sosial dengan kod S bermula dari Gred S41, S44, S48, S52 dan S54. Selain Pegawai Psikologi (Klinikal), Pegawai Psikologi Umum dan Kaunselor turut dilantik di bawah skim perkhidmatan yang sama. Berdasarkan skim perkhidmatan tersebut, Pegawai Psikologi (Klinikal) dilantik pada gred S41 dengan berkelulusan sarjana.

 

PEGAWAI / PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION

Nama

Puan Suhaila binti Abdul Rashid

Alamat Tempat Bertugas Jabatan Dietetik dan Sajian
 

Hospital Kuala Lumpur

Jalan Pahang

50586 Kuala Lumpur

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.;

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama  Puan Azlina binti Abdul Aziz
Alamat Tempat Bertugas

Jabatan Dietetik dan Sajian

 

Hospital Pulau Pinang

Jalan Residensi,

10990, Pulau Pinang

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PENGENALAN PEGAWAI / PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN

Profesion Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan terdiri daripada dua (2) kumpulan perkhidmatan yang berbeza iaitu kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksana yang bertanggungjawab di dalam pengurusan perkhidmatan makanan.

Skim perkhidmatan PPM dan PPPM diletakkan di bawah klasifi kasi Perkhidmatan Sains dengan Kod C. Syarat lantikan ke gred C41 ialah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) Universiti Malaysia, Terengganu (UMT) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau melalui perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) daripada skim Perkhidmatan PPPM dengan memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan.

Pengurusan perkhidmatan makanan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beroperasi secara inhouse dan outsource. Perkhidmatan makanan secara inhouse bermaksud keseluruhan aktiviti penyediaan makanan dilaksanakan oleh anggota yang berkhidmat di hospital / institusi KKM di mana kaedah penghidangan dijalankan secara pukal (Bulk System) dan/atau berpusat (Centralized Plating System) mengikut keperluan fasiliti. Bagi perkhidmatan makanan secara outsource bermaksud keseluruhan proses penyediaan makanan dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik dengan menjalankan kaedah penghidangan makanan secara berpusat (Centralised Plating System) di mana aktiviti pemantauan dan penilaian terhadap penyediaan makanan dilaksanakan oleh Pegawai Penyediaan Makanan (PPM) dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) yang berkhidmat di hospital/institusi KKM.

Perkhidmatan makanan ini disediakan untuk pesakit dalam, pesakit rawatan harian, ibu mengiringi anak (MAC) dan anggota kesihatan yang berkelayakan di hospital/institusi KKM mengikut waktu hidangan yang telah ditetapkan.

 

 

 

PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PENDENGARAN)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION                                                            

Nama Puan Siti Suriani binti Che Hussin
Alamat Tempat Bertugas

Jabatan Otorinolaringologi

 

Hospital Kuala Lumpur

 

Jalan Pahang, 50586

 

WP Kuala Lumpur

Emel  

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Puan Yuzaida binti Md Yusoff

Alamat Tempat Bertugas

Jabatan Otorinolaringologi

 

Hospital Sultanah Bahiyah,

Alor Setar, Kedah

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

                                                                  

 PENGENALAN PROFESION PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PENDENGARAN)

Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) merupakan primary hearing care practitioner yang mempunyai kelulusan peringkat Ijazah Sarjana Muda  Audiologi dengan kepujian. Di samping itu mereka juga mengikuti kursus intensif dari segi teori dan praktikal untuk membolehkan mereka melakukan pemeriksaan ke atas pendengaran pesakit dengan tujuan mengesan sebarang anomali fungsi pendengaran. Sekiranya hasil pemeriksaan mendapati ada unsur-unsur patologi, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) akan merujuk pesakit kepada Pakar Otorinolaringologi. Bagi kes yang mempunyai unsur-unsur fungsional, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) akan memberi rawatan yang sewajarnya.

Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) adalah terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dikategorikan di dalam skim Pegawai Pemulihan Perubatan dengan klasifikasi Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di bawah Kod U.

 

PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION
Nama

Encik Abdul Halim bin Hj Jamil

Alamat Tempat Bertugas Jabatan Kerja Sosial Perubatan
 

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
   
 TIMBALAN KETUA PROFESION
Nama Encik Harolhanam bin Mohamed Wahid
Alamat Tempat Bertugas Jabatan Kerja Sosial Perubatan
 

Hospital Selayang, Lebuhraya Selayang-Kepong, 68100, Batu Caves, Selangor

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PENGENALAN PROFESION PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan mula  diperkenalkan   pada  tahun 1952 di  Hospital  Kuala  Lumpur  dengan bilangan anggota seramai 2 orang.  Pada  peringkat  awal perkhidmatan ini dikenali sebagai perkhidmatan Lady Almoner. Kemudian perkhidmatan ini dikenali sebagai Jabatan Kebajikan Perubatan  pada tahun 1994.

Dari masa ke semasa  peranan Pegawai Kebajikan Perubatan semakin mencabar dengan pertambahan isu-isu sosial sejajar dengan arus pembangunan negara yang semakin pesat. Selari dengan perkembangan ini maka nama jawatan Pegawai Kebajikan Perubatan juga ditukar kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) mengikut surat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA(S)253/2/13klt.85(16) bertarikh 13 November 2002.

PKSP adalah individu yang terlatih untuk membuat  penilaian biopsikososial kepada pesakit, keluarga/waris atau penjaga.  PKSP akan menjalankan intervensi sosial bagi membantu pesakit mengatasi masalah yang dialami akibat penyakit yang dihidapi.

                  

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : http://alliedhealth.moh.gov.my

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

 

 

246519
Bilangan Pelawat :Bilangan Pelawat :246519

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768