Copyright 2021 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

Info SKB

Aktiviti BSKB

Muat Turun

 

PEGAWAI SAINS (KAJI SERANGGA)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION

Nama

Encik Tanrang bin Yusin

Alamat Tempat Bertugas  

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Tingkat 3, Rumah Persekutuan

Jalan Mat Salleh

88590 Kota Kinabalu
Sabah
Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Hj Kamilan bin Demin

Alamat Tempat Bertugas

Makmal Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

41200 Klang, Selangor

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION
Nama

Encik Rusli bin Ibrahim

Alamat Jabatan Patologi
 

Hospital Tengku Ampuan Rahimah

  41200 Klang, Selangor
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
   
 TIMBALAN KETUA PROFESION
Nama

Encik Sairi bin Satari

Alamat Jabatan Patologi
 

Hospital Pulau Pinang

 

Jalan Residensi

  10990 Georgetown
 

Pulau Pinang

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 PENGENALAN PROFESION PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT)

Pada tahun 1900, ahli kimia hayat mula bertapak di Malaysia dengan kedatangan ahli sains dari luar negara yang membangunkan ujian-ujian di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (Institute for Medical Research [IMR]). Ahli kimia hayat yang pertama dilantik daripada kalangan anak tempatan adalah pada tahun 1957, iaitu Dr George Francis De Witt(1). Beliau telah berkhidmat di IMR dan telah dilantik sebagai pengarah dari tahun 1975-1984.  Bersama dengan ahli kimia hayat yang lain, beliau telah membangunkan metodologi ujian-ujian diagnostik dan meletakkan IMR sebagai sebuah pusat rujukan negara. Pada tahun 1970-an, lebih banyak jawatan ahli kimia hayat diwujudkan di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ahli-ahli  kimia hayat ini menjadi perintis dalam membangunkan perkhidmatan ujian-ujian diagnostik klinikal di makmal-makmal hospital dan pada ketika yang sama dipertanggungjawabkan menjadi  ketua makmal tersebut.  Pada tahun 1992, gelaran jawatan telah ditukar kepada Pegawai Sains (Kimia Hayat) selaras dengan perlaksanaan skim Sistem Saraan Baru (SSB) bagi penjawat awam.

Perkhidmatan utama di Jabatan Patologi adalah di bahagian Patologi Kimia, Biokimia Rutin, Makmal Teras, Endokrinologi, Dadah, Toksikologi, Genetik dan Hematologi. Peranan dan skop tugas adalah melibatkan tugas-tugas teknikal seperti ujian khas, validasi, pembangunan kaedah, penilaian alat/metodologi, kawalan kualiti, pengurusan LIS, pengurusan makmal dan lain-lain. Lebih 70% daripada Pegawai Sains (Kimia Hayat) yang berkhidmat dengan KKM ditempatkan di Jabatan Patologi ini. Selebihnya, adalah di Jabatan Perubatan Nuklear, Pusat Darah Negara (PDN)/Pusat Darah Wilayah, Makmal Kesihatan Awam (MKA), Institut Penyelidikan Perubatan dan sebagainya.

 

Bertanggungjawab dalam operasi makmal patologi kimia, transfusi perubatan, kualiti air terutamanya untuk penganalisisan ujian-ujian makmal termasuk aspek pengurusan fasa praanalitikal, analitikal dan pascaanalitikal. Memastikan program kepastian kualiti, iaitu Kawalan Mutu Dalaman dan Kawalan Mutu Luaran dilakukan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan. Menjalankan validasi teknikal dan mengeluarkan keputusan ujian makmal mengikut piagam yang ditetapkan. Memastikan peralatan makmal diselenggarakan dengan baik dan sentiasa dalam keadaan optimal. Terlibat dalam kajian korelasi dan verifikasi metodologi dan peralatan makmal. Mengambil bahagian dalam latihan kompetensi anggota dalam perkhidmatan dan pelatih daripada institusi pengajian tinggi. Memastikan amalan-amalan dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan tempat kerja sentiasa menepati panduan dan peraturan yang ditetapkan. Sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bidang biokimia dan juga bidang teknologi maklumat.

 

Bertanggungjawab menentukan penyampaian perkhidmatan diagnostik, surveillance, saringan, bekalan darah dan komponen, pengesanan dadah berbahaya dan toksikologi, pemantauan dadah terapeutik, berkualiti, cekap dan berkesan, dengan mematuhi piawaian perkhidmatan yang ditetapkan, serta memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dan stakeholder.

 

 

PEGAWAI SAINS (FIZIK)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION

Nama

Encik Mohd Azhar bin Musa

Alamat Tempat Bertugas

Jabatan Radioterapi dan Onkologi

 

Hospital Kuala Lumpur

 

Jalan Pahang,

  50586 Kuala Lumpur
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Encik Bazli bin Sapiin

Alamat Tempat Bertugas

Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan

 

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Aras 4, Blok E3, Kompleks E

 

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 

62590 Putrajaya

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PENGENALAN PROFESION PEGAWAI SAINS (FIZIK)

Perkhidmatan Fizik Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diwujudkan bagi melaksanakan tanggungjawab berhubung  penggunaan sumber radiasi bagi tujuan diagnostik dan rawatan terhadap pesakit serta perlindungan sinaran kepada pekerja sinaran dan orang awam di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). Penempatan Pegawai Sains (Fizik) adalah di hospital-hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan radioterapi, perubatan nuklear dan pengimejan diagnostik serta di Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). Jawatan Pegawai Sains (Fizik) adalah dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan Klasifi kasi Perkhidmatan Sains di bawah Kod C dengan gred tertinggi adalah gred C 54. Namun begitu, jawatan gred yang lebih tinggi adalah diperlukan sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran teknikal dan sumbangan pegawai dalam bidang fizik perubatan di Malaysia.

Tugas dan tanggungjawab Pegawai Sains (Fizik) di hospital adalah memberi khidmat sokongan klinikal dalamJabatan Radioterapi & Onkologi, Jabatan Perubatan Nuklear dan Jabatan Pengimejan Diagnostik. Antara tugas utama ialah melaksanakan pelan rawatan berkomputer pesakit, menyelia dan memantau peralatan radiasi (peralatan rawatan dan pengimejan), melaksanakanpengujian Kawalan Mutu (QA/QC), melaksanakan program keselamatan sinaran serta memberi khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan fizik perubatan.

Manakala tugas dan tanggungjawab Pegawai Sains (Fizik) di Ibu Pejabat, KKM dan JKN adalah untuk mengawal dan menguatkuasakan penggunaan sinaran mengion di bawah Akta 304.


Kelayakan asas sebagai Pegawai Sains (Fizik) di KKM adalah memiliki ijazah dalam pelbagai bidang fi zik seperti Fizik Perubatan, Fizik Sinaran Perubatan, Fizik Kesihatan dan Sains Nuklear.

 

 

PEGAWAI SAINS (GENETIK)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION
Nama Puan Noor Shahizan binti Ajmi
Alamat Tempat Bertugas Makmal Genetik
  Hospital Kuala Lumpur
  WP Kuala Lumpur

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

   
TIMBALAN KETUA PROFESION
Nama Puan Farah Amalina binti Mohd Zulkifli
Alamat Tempat Bertugas Makmal Genetik
  Hospital Kuala Lumpur
  WP Kuala Lumpur
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PENGENALAN PROFESION PEGAWAI SAINS (GENETIK)

Pegawai Sains (Genetik) merupakan profesional yang berkhidmat di Makmal Genetik dalam pengurusan dan penganalisisan ujian-ujian asas dan khusus berkaitan dengan bidang genetik bagi mengesan pelbagai jenis penyakit terutamanya kecacatan kelahiran post natal, barah dan penyakit keturunan dengan penggunaan peralatan yang kompleks dan berteknologi tinggi.

Jawatan Pegawai Sains (Genetik) adalah dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan klasifikasi perkhidmatan sains di bawah Kod C. Gredgred yang telah diwujudkan sehingga kini adalah gred C41 (16 jawatan), gred C44 (4 jawatan) dan gred C48 (2 jawatan). Sehingga kini kesemua jawatan ini adalah di Jabatan Genetik dan Jabatan Potologi Hospital Kuala Lumpur (HKL); Jabatan Hematologi, Hospital Ampang dan Special Diagnostic Centre (SDC), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Secara umumnya, kelayakan asas menyertai profesion Pegawai Sains (Genetik) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian dalam bidang Genetik atau bidang sains yang relevan dengan pengalaman dalam bidang genetik perubatan.

 

 

                  

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : http://alliedhealth.moh.gov.my

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

 

 

246517
Bilangan Pelawat :Bilangan Pelawat :246517

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768