Copyright 2021 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

Info SKB

Aktiviti BSKB

Muat Turun

 

 

PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (CARAKERJA)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION

Nama

Puan Tan Foo Lan

Alamat Tempat Bertugas Unit Pemulihan Carakerja
  Hospital Tengku Ampuan Rahimah
  Klang, Selangor

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Encik Zainuddin bin Sattar

Alamat Tempat Bertugas

Jabatan Pemulihan Carakerja

  Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang
  50586 Kuala Lumpur
Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PENGENALAN PROFESION PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (CARAKERJA)

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja telah berkembang sejajar dengan perkembangan bidang perubatan, kepakaran dan subkepakaran dalam sistem kesihatan Malaysia. Dengan itu, peranan Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) dan tanggungjawab merupakan teras utama dalam pengurusan pesakit secara holistik, membantu menerajui visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) demi memberi perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti, selamat dan berkesan.

Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) melibatkan diri secara langsung dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja untuk kes kompleks dan melaksanakan modaliti rawatan khusus dalam bidang kepakaran dan subkepakaran. Segelintir Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam dalam bidang Pemulihan Carakerja. Jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) dikategorikan dalam kumpulan pengurusan dan profesional bermula dengan gred U41 hingga ke gred U54.

Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) berkhidmat dalam semua institusi perubatan dan kesihatan, institusi kebajikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Pendidikan Khas), institusi pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri (PERMATA). Terdapat juga Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) yang berkhidmat di agensi swasta dan badan bukan kerajaan. Ini memudahkan pelanggan mencapai perkhidmatan Pemulihan Carakerja di komuniti.

 

 

 

PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PERTUTURAN)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

 

KETUA PROFESION
Nama

Puan Wahida binti Mohd Abdul Wahab

Alamat Tempat Bertugas Unit Terapi Pertuturan 
 

Jabatan Otorinolaringologi

  Hospital Kuala Lumpur
 

Jalan Pahang

50586 KUALA LUMPUR

  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 TIMBALAN KETUA PROFESION 
Nama

Puan How Hui Teng

Alamat Tempat Bertugas

Unit Terapi Pertuturan

 

Hospital Umum Sarawak

Jalan Hospital,

93586 KUCHING

Sarawak
 Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PENGENALAN PROFESION PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PERTUTURAN)

Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) merupakan profesional yang bertanggungjawab dalam pemulihan masalah pertuturan, bahasa, suara, komunikasi dan masalah penelanan. Profesion ini juga dikenali sebagai Patologis Pertuturan-Bahasa (USA & Kanada) atau Terapis PertuturanBahasa (UK & Singapura)

Bidang Sains Pertuturan ini mula diperkenalkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995 dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan. Program ini mengambil masa selama 4 tahun merangkumi pembelajaran teori berkaitan anatomi dan fisiologi, linguistik, asas audiologi, kecelaruan tentang pelbagai masalah komunikasi, kaunseling dan pembelajaran secara praktikal melalui latihan klinikal di pusat-pusat rehabilitasi, hospital-hospital (kerajaan dan swasta), sekolah pendidikan khas dan lain-lain. Program ini juga ditawarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) bermula pada tahun 2005 dengan nama program Ijazah Sarjana Muda Kesihatan (Patologi Pertuturan)

Jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) adalah dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan Klasifikasi Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan  di bawah Kod U.

 

 

PEGAWAI / PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION
Nama  Encik Hasnainin bin Hassan

Alamat Tempat Bertugas

 Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam
   Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 8,Blok E10, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

   62590 Putrajaya

Emel

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
   
TIMBALAN KETUA PROFESION
Nama Encik Nozaizeli bin Abu Samah
Alamat Tempat Bertugas

Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta,

Bahagian Amalan Perubatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia

Emel

 

 

PENGENALAN PROFESION PENOLONG/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

Bersesuaian dengan Kajian Semula Kurikulum Latihan Inspektor Kesihatan di Malaysia, komponen latihan telah mengalami perubahan struktur fizikal. Latihan asas yang diperkenalkan oleh Institut Kesihatan Umumpada tahun 1975 telah dipindahkan ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh dan di Kolej Kesihatan Awam, Kuching Sarawak dan mulai saat itu sistem semester diperkenalkan menggantikan sistem penggal yang dianggap ketinggalan zaman.

Bermula sebagai Sanitary Inspector atau Town Board Inspector pada tahun 1960-an telah beralih kepada Merinyu Kesihatan atau Inspektor Kesihatan pada tahun 1980-an. Tahun 2002 menyaksikan nomenklautor Inspektor Kesihatan yang sangat disegani pada suatu masa dahulu digantikan dengan sebutan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran atau PPKP.

Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2005 bertarikh 1.1.2005: Skim Bersepadu Pegawai Kesihatan Persekitaran/Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 27 Tahun 2005: Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36, U41/U42, U44, U48, U52, U54.

Di bawah skim ini, seseorang yang dilantik di gred U29 adalah layak dipertimbangkan ke gred yang lebih tinggi sehingga ke gred U54, apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

 

PEGAWAI SAINS (FORENSIK)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION
 Nama Encik Mohd Faizul bin Abdul Wahab
 Alamat Tempat Bertugas Jabatan Perubatan Forensik
  Hospital Tuanku Jaafar
  Seremban, Negeri Sembilan
 Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
   
TIMBALAN KETUA PROFESION
 Nama Nurazira binti Azizan
 Alamat Tempat Bertugas Jabatan Perubatan Forensik
  Hospital Tengku Ampuan Rahimah
  Klang, Selangor
 Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

   

 

PENGENALAN PROFESION PEGAWAI SAINS (FORENSIK)

Pegawai Sains (Forensik) adalah pegawai sains yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik di hospital yang mempunyai kepakaran forensik. Jawatan ini dikategorikan di bawah Kumpulan Pengurusan Dan Profesional khasnya ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik yang mempunyai Pakar Perubatan Forensik dan Makmal Sains Forensik dengan klasifi kasi perkhidmatan sains di bawah kod ‘C’. Kelayakan asas bagi seseorang Pegawai Sains (Forensik) adalah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Forensik), Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik (Kepujian) atau Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia (Analisis Kimia Forensik). Tugas Pegawai Sains (Forensik) merangkumi aspek pengendalian spesimen medikolegal, analisa spesimen medikolegal dan pengurusan makmal forensik.

Kewujudan jawatan Pegawai Sains (Forensik) di Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuka satu dimensi baru dalam bidang perubatan dan kesihatan. Jawatan ini telah memberi ruang untuk penjanaan kepakaran baru dalam bidang forensik. Penghasilan garis panduan ini memberi gambaran menyeluruh bagaimana matlamat kecemerlangan perkhidmatan boleh direalisasikan.

                  

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : http://alliedhealth.moh.gov.my

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

 

 

234664
Bilangan Pelawat :Bilangan Pelawat :234664

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768