Copyright 2019 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

 

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T saya lafazkan kerana dengan limpah kurnianya Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB) telah dapat  membangunkan Laman Web Rasminya yang bertujuan untuk penyebaran dan perkongsian maklumat kepada semua pengunjung laman web ini.

BSKB berhasrat menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disampaikan oleh Profesional Sains Kesihatan Bersekutu ke arah kesejahteraan rakyat. Misi utama BSKB adalah memastikan penyampaian penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan juga berkesan. Bagi memastikan penyampaian kesihatan yang berkualiti dikalangan Profesional Sains Kesihatan Bersekutu, BSKB juga memainkan peranan  memperkasa kompetensi Profesional Sains Kesihatan Bersekutu melalui pendidikan berterusan, amalan berdasarkan bukti dan mematuhi piawaian.

Penggunaan ICT adalah merupakan salah satu media hubungan yang sangat berkesan pada masa kini. Oleh yang demikian kami di BSKB mengharapkan ianya dapat memberi perkhidmatan dan manfaat sebagai wadah perkongsian maklumat secara interaktif. Laman web ini dibangunkan dengan hasrat menjadi saluran alternatif bermaklumat bagi memperkenalkan BSKB dan perkhidmatan disediakan kepada Profesional Sains Kesihatan Bersekutu khususnya dan kepada rakyat umumnya.

Kepada semua warga kerja BSKB, marilah sama-sama kita berpadu tenaga dan berganding bahu dengan memberi buah fikiran dan cetusan minda bagi merealisasikan hasrat yang dicita-citakan oleh kita semua tercapai.  Saya juga mengalu-alukan dan amat menghargai  segala cadangan buah fikiran para pengunjung laman laman web ini agar ianya dapat dibuat pengubahsuaian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.

Akhir kata, semoga dengan adanya laman web ini dapat menyediakan platform perkongsian ilmu, idea dan pengalaman yang boleh digunakan ke arah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan khususnya ke arah membantu negara membina modal insan yang berdaya saing, unggul dan berkualiti.

Terima Kasih

 

Puan Hajah Che Ruhani binti Che Ja’afar

Pengarah

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : http://alliedhealth.moh.gov.my

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN


118704
Bilangan Pelawat :Bilangan Pelawat :118704

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768