Copyright 2021 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

 

PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT)

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JUN 2019 - DISEMBER 2021

 

KETUA PROFESION
Nama

Encik Rusli bin Ibrahim

Alamat Jabatan Patologi
 

Hospital Tengku Ampuan Rahimah

  41200 Klang, Selangor
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
   
 TIMBALAN KETUA PROFESION
Nama

Encik Sairi bin Satari

Alamat Jabatan Patologi
 

Hospital Pulau Pinang

 

Jalan Residensi

  10990 Georgetown
 

Pulau Pinang

Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 PENGENALAN PROFESION PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT)

Pada tahun 1900, ahli kimia hayat mula bertapak di Malaysia dengan kedatangan ahli sains dari luar negara yang membangunkan ujian-ujian di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (Institute for Medical Research [IMR]). Ahli kimia hayat yang pertama dilantik daripada kalangan anak tempatan adalah pada tahun 1957, iaitu Dr George Francis De Witt(1). Beliau telah berkhidmat di IMR dan telah dilantik sebagai pengarah dari tahun 1975-1984.  Bersama dengan ahli kimia hayat yang lain, beliau telah membangunkan metodologi ujian-ujian diagnostik dan meletakkan IMR sebagai sebuah pusat rujukan negara. Pada tahun 1970-an, lebih banyak jawatan ahli kimia hayat diwujudkan di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ahli-ahli  kimia hayat ini menjadi perintis dalam membangunkan perkhidmatan ujian-ujian diagnostik klinikal di makmal-makmal hospital dan pada ketika yang sama dipertanggungjawabkan menjadi  ketua makmal tersebut.  Pada tahun 1992, gelaran jawatan telah ditukar kepada Pegawai Sains (Kimia Hayat) selaras dengan perlaksanaan skim Sistem Saraan Baru (SSB) bagi penjawat awam.

Perkhidmatan utama di Jabatan Patologi adalah di bahagian Patologi Kimia, Biokimia Rutin, Makmal Teras, Endokrinologi, Dadah, Toksikologi, Genetik dan Hematologi. Peranan dan skop tugas adalah melibatkan tugas-tugas teknikal seperti ujian khas, validasi, pembangunan kaedah, penilaian alat/metodologi, kawalan kualiti, pengurusan LIS, pengurusan makmal dan lain-lain. Lebih 70% daripada Pegawai Sains (Kimia Hayat) yang berkhidmat dengan KKM ditempatkan di Jabatan Patologi ini. Selebihnya, adalah di Jabatan Perubatan Nuklear, Pusat Darah Negara (PDN)/Pusat Darah Wilayah, Makmal Kesihatan Awam (MKA), Institut Penyelidikan Perubatan dan sebagainya.

 

Bertanggungjawab dalam operasi makmal patologi kimia, transfusi perubatan, kualiti air terutamanya untuk penganalisisan ujian-ujian makmal termasuk aspek pengurusan fasa praanalitikal, analitikal dan pascaanalitikal. Memastikan program kepastian kualiti, iaitu Kawalan Mutu Dalaman dan Kawalan Mutu Luaran dilakukan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan. Menjalankan validasi teknikal dan mengeluarkan keputusan ujian makmal mengikut piagam yang ditetapkan. Memastikan peralatan makmal diselenggarakan dengan baik dan sentiasa dalam keadaan optimal. Terlibat dalam kajian korelasi dan verifikasi metodologi dan peralatan makmal. Mengambil bahagian dalam latihan kompetensi anggota dalam perkhidmatan dan pelatih daripada institusi pengajian tinggi. Memastikan amalan-amalan dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan tempat kerja sentiasa menepati panduan dan peraturan yang ditetapkan. Sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bidang biokimia dan juga bidang teknologi maklumat.

 

Bertanggungjawab menentukan penyampaian perkhidmatan diagnostik, surveillance, saringan, bekalan darah dan komponen, pengesanan dadah berbahaya dan toksikologi, pemantauan dadah terapeutik, berkualiti, cekap dan berkesan, dengan mematuhi piawaian perkhidmatan yang ditetapkan, serta memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dan stakeholder.

 

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : http://alliedhealth.moh.gov.my

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

 

 

272796
Bilangan Pelawat :Bilangan Pelawat :272796

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768